APA DIA GINJAL?
Ia adalah sepasang organ kembar terletak sebelah
menyebelah menyebelah tulang belakang bawah sedikit kepada rangka tulang rusuk.
Ianya menjalankan fungsi terpenting seperti berikut:
1) membersihkan bahan dan cecair berlebihan dari dalan
darah
2) menapis darah, menyimpan setengah-setengah kompaun dan
membuangkan yang lain
3) menolong memperbetulkan tekanan darah, menentukan
bilangan sel darah dan kesihatan tulang-tulang
APAKAH YANG AKAN TERJADI APABILA GINJAL MUSNAH?
Badan tidak berupaya menolak keluar air secukupnya, garam
dan lain-lain bahan. Jumlah air di dalam badan bertambah dan tisu-tisu
membengkak (OEDEMA). Persebatian cecair dalam badan berubah dengan pesat
sehingga menjadikan ia begitu abnormal dan kematian akan berlaku kecuali jika
pengubatan secara ´dialisis dijalankan´
APAKAH PENYAKIT-PENYAKIT GINJAL?
Penyakit ginjal tidak hanya satu jenis. Bahkan terdapat
berbagai-bagai penyakit yang berbeza mengikut kompenan ginjal yang terlibat.
Penyakit ginjal termasuk:
1. infeksi saluran kencing
2. saluran kencing tersekat, misalnya batu dalan ginjal,
cysts dan lain-lain
3. tekanan darah tinggi (hypertension)
4. Glomerulonephritis
5. Nephrosis
6. lain-lain, misalnya kencing manis, kerosakan akibat
kimia toksik tertentu seperti dadah dan lain-lain.
TANDA-TANDA AMARAN PENYAKIT GINJAL
1. kepedihan atau
kesulitan semasa buang air kencing
2. kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam
3. mengeluarkan kencing berdarah
4. bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama
di kalangan kanak-kanak
5. kesakitan bahagian belakang, sedikit ke bawah dari
tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)
6. tekanan darah tinggi. Jika terdapat tanda-tanda ini
minta nasihat doktor anda. Setengah penyakit ginjal menyerang tanpa apa-apa
tanda, oleh itu pastikan kencing anda diperiksa tiap-tiap tahun.
KENCING BERCAMPUR DENGAN DARAH KENCING BERDARAH –
Sama ada sakit atau tidak - Sama ada kencing berdarah itu
pekat atau tidak- Sama ada kencing berdarah itu berlaku sekejap--- Sekejap atau
berterusan semasa kencing- Sama ada kencing berdarah itu mempunyai darah beku
atau tidak- Sama ada kencing berdarah itu berlaku pertama kalinya ataupun sudah
beberapa kali. Adalah penting perkara ini disiasat.
JANGAN BIARKAN
IANYA BERULANG, BARULAH HENDAK BERJUMPA DOKTOR
APAKAH PERKARA INI SERIUS?
Ya, ada kemungkinan telah berlaku kerosakan serius
didalam buah pinggang atau pundi-pundi kencing dan amatlah mustahak ujian-ujian
dan pemeriksaan dilakukan secepat mungkin. Di sebaliknya pula, ia mungkin satu
jenis jangkitan yang hanya perlu dirawat dengan antibiotik sahaja.
APAKAH YANG DOKTOR ANDA AKAN LAKUKAN?
Mula-mula ia akan bertanya anda samaada terdapat
gejala-gejala seperti sakit atau susah semasa kencing. Selepas itu ia akan
melakukan satu pemeriksaan fizikal yang sempurna. Satu contoh air kencing akan
diperiksa dan ujian lanjut perlu diadakan berdasarkan perubahan-perubahan yang
terdapat pada contoh air kencing itu.
APA YANG BERLAKU SELEPAS INI?
Sekiranya doktor anda berpendapat bahawa ujian-ujian
tambahan perlu diadakan maka salah satu daripadanya adalah mengambil Xray buah
pinggang dan pundi-pundi kencing anda. Ujian ini dikenali sebagai Intravenous
Pyelogram atau Urogram (IVP atau IVU). Sekiranya ia mengesyaki yang pendarahan
berlaku dalam pundi-pundi kencing anda satu pemeriksaan Cystoscopy perlu
diadakan. Ini dilakukan dengan menggunakan satu alat khas untuk melihat ke
dalam pundi-pundi kencing, biasanya pesakit akan dibius menggunakan gas.
Sekiranya doktor anda mengesyaki ada pendarahan berlaku dalam unit-unit
penapisan microscopic buah pinggang, sedikit ´tisu´ buah pinggang adalah perlu
diambil dengan menggunakan jarum khas (kidney Biopsy) untuk menentukan diagnosa
keadaan ini.
SILA AMBIL PERHATIAN:
Sekiranya anda mengalami kencing berdarah, dapatkanlah
nasihat doktor secepat mungkin dan ikutilah segala nasihat-nasihatnya. INFEKSI
SALURAN KENCING Ini adalah satu masalah yang paling kerap dirawat oleh para
doktor. Infeksi saluran kencing boleh digelar ´infeksi´ pundi-pundi
(cystitis”)jika bacteria terdapat di pundi-pundi atau infeksi ginjal
(pyelonephritis) jika bacteria terdapat di ginjal (buah pinggang)
TANDA-TANDA AMARAN PENYAKIT INFEKSI SALURAN KENCING -
Kanak-kanak yang
kencing dalam tidur - Buang air kencing dengan kerap- Sakit dan rasa pedih
ketika buang air kencing- Demam dan rasa seram sejuk- Sakit atau lenguh di
belakang dibawah tulang rusuk
APABILA RAGU-RAGU MINTA NASIHAT DOKTOR FAKTA-FAKTA
BERKAITAN DENGAN INFEKSI SALURAN KENCING
Kanak-kanak perempuan lebih kerap mendapat infeksi
saluran kencing- lebih kurang 80 kali ganda daripada kanak-kanak lelaki
Kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki yang mengidap infeksi saluran kencing
mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal) adalah besar. Setengah
dari kanak-kanak perempuan yang mengidap infeksi saluran air kencing juga
mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal). Kanak-kanak yang
menunjukkan tanda-tanda infeksi saluran kencing mesti dibawa ke doktor untuk
pemeriksaan selanjutnya. Kebanyakkan kerosakan ginjal akibat infeksi di masa
kanak-kanak. Infeksi saluran kencing adalah salah satu sebab penting
mengakibatkan kerosakan tetap ginjal bagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun,
infeksi saluran kencing bagi pesakit yang mempunyai saluran kencing yang biasa
jarang sekali membawa kerosakan ginjal.
PENGUBATAN INFEKSI SALURAN KENCING
Ubat antibiotik selalunya diberi dengan berkesan.
Ubat-ubat juga diberi untuk mengurangkan sakit dan kerap kencing. Kepada
kebiasaannya doktor akan memeriksa anda sekali lagi untuk menentukan yang
infeksi telah dirawat dengan sempurna. Pemeriksaan selanjutnya mungkin
dikehendaki terutama bagi kanak-kanak dan apabila saluran kencing disyaki tidak
normal. ´.
ENAM TANDA-TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG
1. sakit atau susah bila kencing
2. kencing lebih kerap terutama di sebelah malam
3. kencing yang bercampur dengan darah
4. bengkak di sekeliling kedua-dua mata, tangan dan kaki
terutama bila berlaku pada kanak-kanak
5. sakit di sebelah buah pinggang (tiada kaitan dengan buah
pinggang)
6. tekanan darah tinggi
Penyakit susah kencing jugak boleh diikhtiarkan melalui
kaedah pengubatan Islam. Bersama ini dikongsikan cara serta kaedah pengubatan
As-Syifa' Melaka, mudah-mudahan dapat memberikan sedikit ilmu tambahan kepada
semua pengunjung.
DOA-DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Al-Hasyr : Ayat 21-24
4. Al-Baqarah : Ayat 60
5. Al-Haqqah : Ayat 14
6. Al-Waqiah : Ayat 5
BAHAN RAWATAN
1. Air mineral
2. Sedikit Beras
3. Sedikit Kemenyan atau Serai Wangi (15 batang)
KAEDAH RAWATAN
Dibacakan semua doa di atas kepada bahan-bahan rawatan.
Kemneyan dan beras hendaklah direndamkan semalaman dan diberi minum kepada
pesakit pagi dan malam selama tujuh hari. Manakala bagi penggunaan serai wangi
pula, hendaklah direbuskan tiga batang setiap kali rebusan dalam sebekas periuk
sehingga kering separuh daripada air rebusannya. Kemudian dibuat minum semasa
air rebusan suam pagi dan malam. Ulangi rebusan untuk tiga batang lagi dan
melakukan cara minuman yang sama, dan seterusnya sehinggalah habis.
No comments:
Post a Comment