Sunday, 8 May 2016

Amalan-amalan penghapus dosa

1.Menyempurnakan wuduk dan berjalan ke masjid
Rasullullah s.a.w: "Sempurnakan wudhu’ ketika masa sulit dan memperbanyak langkah ke masjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain, kerana hal itu adalah ribath.”

“Jika seseorang berwudhu’ lalu menyempurnakan wudhu’nya kemudian berangkat hendak bersolat dengan niat hanya untuk solat, maka setiap satu langkah Allah angkat satu darjat dan hapus satu dosa.”

(Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)


2.Menjaga solat lima waktu dan Jumaat serta puasa Ramadan.

Rasullullah s.a.w:  “Solat lima waktu dan Jumaat ke Jumaat dan Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa diantara keduanya selama dosa-dosa besar dijauhi.” 
(Hadis Riwayat Muslim)


3.Melaungkan Azan untuk solat fardu.
Rasullullah s.a.w:  “Sesungguhnya seorang muazin akan diampuni dosanya sepanjang (gema) suaranya.” 
(Hadis Riwayat Ahmad)


4.Solat Terawih di bulan Ramadan
Rasullullah s.a.w: “Barangsiapa menegakkan Ramadan (solat terawih) dengan iman dan mengharap pahala Allah maka diampunilah dosanya yang telah lalu.” 
(Muttafaqun ‘Alaihi)


5.Mengerjakan Solat tasbih
Rasullullah s.a.w berpesan kepada Abbas bin Abdul Muthalib, “Hai Abbas, pakcikku. Tidakkah engkau kuberi, tiadakah engkau kuanugerahi, tiadakah aku kerjakan untukmu sepuluh perkara yang engkau menjalankannya, 
Allah akan mengampuni dosa-dosamu yang awal dan yang akhir, yang lama dan yang baru, yang sengaja mahupun yang tidak sengaja, yang besar dan yang kecil, yang terang-terangan mahupun yang disembunyikan. Iaitu  

sepuluh hal di mana engkau solat empat rakaat dgn membaca Surah Al-Fatihah dan salah satu surah dalam setiap rakaat pertama, maka bacalah, ‘Subhanallahu walhamdulillah walaa ilaaha illallaah wallahu akbar,’ sebanyak 15 kali, 
setelah itu barulah engkau ruku’ dan bacalah kalimat tersebut sebanyak 10 kali, 
lalu engkau bangun dari sujud dengan membacanya lagi sebanyak 10 kali 
kemudian engkau sujud kembali dan membacanya lagi sebanyak 10 kali 
lalu bangun dan kemudian membacanya dgn jumlah yang sama. 

Bererti berjumlah 75 kali dalam setiap rakaat. Kau kerjakan itu semua dalam 4 rakaat, jika mampu engkau melakukan solat itu satu kali setiap sehari, jika tidak mampu, setiap Jumaat, jika setiap Jumaat tidak mampu kerjakanlah setiap bulan sekali dan jika tidak mampu pula, maka lakukanlah seumur hidupmu sekali.” (Diriwayatkan Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ath-Thabrani, Hakim, Baihaqi dan yang lainnya)


6.Mengerjakan solat malam.
Rasullullah s.a.w:  “Hendaklah kalian solat malam, kerana ia adalah amalan orang yang soleh sebelum kalian dan amalan yang mendekatkan diri kepada Rabb kalian serta penghapus kesalahan dan mencegah dosa-dosa.”
(Hadis Riwayat Al-Hakim)


7.Memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil , takbir dan hauqqalah.

Al-Baqiyatush Shalihat terdiri atas kalimat :

1. Tasbih : Subhanallah  2. Tahmid : Alhamdulillah  3. Tahlil : Laa Ilaaha Illallaah
4Takbir : Allahu Akbar 5. Hauqqalah : Lahaula Walakuwwata Illaabilla

Dari Ummu Hani ra dia berkata:“Ya Rasulullah SAW saya sudah tua dan lemah. Beritahukanlah padaku suatau amalan agar dapat saya kerjakan sambil duduk” .  
Rasullullah s.a.w:  Bacalah Subhanallah 100 kali, itu seimbang bagimu dengan memerdekakan 100 orang budak dari keturunan Ismail. 
Bacalah Alhamdulillah 100 kali, itu seimbang bagimu dengan mensedekahkan 100 ekor kuda yang bercahaya dan terkendali yang disedekahkan dijalan Allah. 
Bacalah Allahu Akbar 100 kali , itu seimbang bangimu dengan menyembelih 100 ekor unta yang terkorban dan diterima disisi Allah SWT. 
Dan bacalah Laa ilaaha illallah 100 kali” Abu Khalfin berkata aku kira pahalanya akan memenuhi antara langit dan bumi, dan tidak ada yang melebihinya darimu kecuali orang yang mengamalkannya melebihimu."
(Hadis Riwayat Ahmad)


8.Berzikir selepas solat
“Sesungguhnya ucapkan kalimat Subhanallahu walhamdulillahi walaa ilaaha illallaahu wallaahu akbar itu menggugurkan kesalahan-kesalahan seperti pepohonan menggugurkan dedaunan.” 
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Ahmad)


9.Puasa hari Arafah dan Asy Syura.
Rasullullah s.a.w:  “Siapa sahaja yang mengerjakan puasa Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang terdahulu diampuni.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tarmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)

Dalam hadis lain baginda bersabda, “Puasa 3 hari tiap bulan dan Ramadhan ke Ramadhan, itulah puasa seumur hidup. Puasa Arafah kerana mencari redha Allah dapat menghapus dosa setahun sebelum dan sesudahnya, sedang puasa pada hari Asyura kerana redha Allah dapat menghapus dosa setahun sebelumnya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)


10.Berjihad di jalan Allah
Rasullullah s.a.w:  “Akan diampuni tiap dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.” 
(Hadis Riwayat Muslim)


11.Menegakkan hukum Allah SWT
Rasullullah s.a.w: “Setiap hamba yang terjerumus kepada larangan Allah, lalu dijalankan atasnya hukumnya (had)Nya, maka dosa tersebut dihapus darinya kerananya.” (Diriwayat oleh Hakim, Darini, Ahmad dan lainnya)


12.Mengiringi haji dengan umrah. 
Rasullullah s.a.w:  “Iringi antara haji dengan umrah, kerana pengiringan antara keduanya dapat menghilangkan kefakiran dan dosa sebagaimana Al Kier (alat pembakar besi) menghilangkan karat besi.” (Riwayat Ibnu Majah)


13.Menjauhi dosa-dosa besar
Allah swt berfirman, “Jika sekalian meninggalkan dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yg kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).” (An-Nisa’ : 31)


14.Memberi salam dan berkata baik
Rasullullah s.a.w:  “Sesungguhnya di antara hal yang menghapuskan dosa dan mendatangkan keampunan, adalah mengucapkan salam dan berkata baik.”

15.Sabar atas musibah
Rasullullah s.a.w:  “Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla berfirman, 'Sesunguhnya apabila Aku menguji seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku atas ujian yang Aku timpakan kepada-Nya, maka ia bangkit dari tempat tidurnya (dalam keadaan) bersih dari dosa seperti hari ibunya melahirkannya." (Hadis Riwayat Ahmad)


16.Bersedekah
Rasullullah s.a.w:  “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan pada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 271)Rasullullah s.a.w: “Sedekah menghapus dosa seperti air memadamkan api.”(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan selainnya)


17.Memaafkan hutang orang yang tidak mampu membayarnya.
Rasullullah s.a.w: "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah SWT. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya." 
(Hadis Riwayat Tirmizi).

No comments:

Post a Comment