1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga
sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Ajaran Bahai
54. Al-Ma`unah
55 Ajaran Azhar Wahab
56. Ajaran Hj.Banuar
Monday, 23 May 2016
Saturday, 21 May 2016
Nasi KANGKANG Nasi TANGAS
Kisah isteri mengunakan ilmu hitam untuk menundukkan suami dalam Harian Metro baru-baru ini sedikit menakutkan kaum lelaki yang bergelar suami. Perkara sedemikian sudah lama berlaku dalam masyarakat kita. Kerana kepercayaan syirik terhadap kehebatan bomoh-bomoh ilmu hitam ini, ramai Isteri yang lupa diri dan Allah.
Nasi kangkang biasa kita dengar, kali ini kisah isteri gunakan najis yang dicampurkan dengan makanan suami pula. Tergamak dia buat begitu pada suami. Saya tak nafikan bahawa suami juga kadang kala buat silap, begitu juga isteri. Kita manusia biasa, milik Allah. Ada masalah rujuklah Allah, kenapa nak cari bomoh.
Masyarakat kita kini semakin ramai yang mengaku Islam tapi tak percaya pada Allah, tak percaya Allah mampu makbulkan doa hambanya, tak yakin Allah boleh bantu selesaikan masalahnya, maka bomohlah tempat mereka mengadu.
Firman Allah yang tafsirnya :
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); “Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.” – (Surah al-Baqarah : ayat 186)
Selain mengundang syirik, ia juga merosakkan hubungan kekeluargaan. Apa guna ada suami yang tunduk kerana ilmu guna-guna ini. Mungkin suami itu akan tunduk pada apa sahaja yang isteri kehendaki, tapi lama kelamaan akan bosan juga sebab suami macam robot jer.
Isteri tidak boleh terlalu taksub untuk kuasai suami, kerana sampai masanya Allah akan panggil dia juga. Yang tinggal nanti adalah dosa-dosa yang harus dijawab oleh si Isteri dihadapan Allah kelak. Bayangkan azab Allah diakhirat nanti. Kerana inginkan kebahagian dunia, kebahagian akhirat lebur begitu sahaja.
Gunakanlah doa sebagai senjata, sesungguhnya hamba yang rapat dengan Allah dan sering berdoa akan disantuni juga akhirnya. Kalau mahu tundukkan hati suami, maka mintalah pada Allah yang mencipta dan pemilik sebenar suami itu. Begitu juga suami yang ingin merebut hati Isteri.
Kita sendiri pun, kalau nak buah mangga yang tumbuh ranum di laman jiran kita, pasti kita akan temui tuannya dan minta izin. Jadi begitulah hubungan kita pada Allah bila inginkan sesuatu.
FirmanNya lagi yang tafsirnya :
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” – (Surah Ghafir: ayat 60)
Demikian juga yang diberitahu oleh Rasulullah;
“Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemurah, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepadaNya lalu Dia mengembalikan (tidak menerima) kedua tangannya (doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.” – (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Harian Metro : Sampai hati isteri
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Amir Abd Hamid
am@hmetro.com.my
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Amir Abd Hamid
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Marah kerana suami ‘buas’ dan suka bermain kayu tiga, segelintir isteri dikesan sanggup menggunakan najis sendiri untuk dijadikan ramuan ilmu hitam menundukkan mereka.
Isteri terbabit tergamak menuruti arahan bomoh supaya najis itu dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam makanan suami.
Dengan bacaan jampi serapah tertentu, bomoh terbabit mendakwa najis yang dikeringkan selama beberapa hari itu dikatakan berupaya ‘mengikat’ suami.
Wartawan Harian Metro yang menjalankan siasatan mengenai ilmu hitam itu berkesempatan bertemu seorang wanita yang terjebak dengan perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam itu, baru-baru ini.
Wanita terbabit mengaku pernah berbuat demikian terhadap suaminya, bagaimanapun enggan gambarnya dirakamkan bimbang perbuatan lampaunya diketahui keluarga dan suaminya.
Mulanya, dia enggan menceritakan pengalaman buruk itu tetapi selepas dipujuk berulang kali, akhirnya wanita itu bersetuju berkongsi kisah duka dalam hidupnya.
Dia yang hanya mahu memperkenalkan diri sebagai Ima, 32, mendakwa masalah rumah tangga dialaminya itu bermula selepas tujuh tahun berkahwin.
Ima yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Cheras memperoleh dua cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan suaminya, seorang kerani.
“Pada awal perkahwinan, semuanya berjalan baik walaupun kami kerap menghadapi masalah kewangan terutama membayar khidmat pengasuh dan membeli kelengkapan harian anak berusia dua dan empat tahun.
“Melalui rakan sepejabatnya, saya mendapat tahu dia mula nakal dan menjalin hubungan cinta dengan seorang pegawai wanita yang juga sudah berumah tangga,” katanya.
Setiap kali ditanya berhubung perkara itu, suaminya akan naik angin dan keluar dari rumah serta tidak pulang hingga berhari-hari.
Lebih mengecewakan apabila Ima mendapat tahu suaminya turut bermain cinta dengan beberapa gadis lain di pusat permainan snuker hingga sanggup menghabiskan duit gaji setiap bulan.
Menurut Ima, seorang rakan mencadangkan dia berubat dengan beberapa bomoh.
Antara bomoh yang pernah ditemuinya seorang wanita tua di pinggir ibu kota.
Melalui wanita yang dikenali sebagai Ibu Siti, dia diyakinkan amalan yang diberikan mampu mengikat semula hati suami supaya kembali semula ke rumah dan menyayangi keluarga.
“Pada malam Jumaat, saya mengambil keputusan menemui Ibu Siti selepas diberikan alamatnya oleh rakan.
“Saya disuruh bomoh itu membuang air besar di tandasnya. Dia menyuruh saya mengambil sedikit najis dan berikan kepadanya,” katanya.
Dia gusar suruhan pelik itu, tapi tetap mengikutinya berikutan terdesak untuk memenangi hati suami.
Dengan najis itu diletakkan di atas sudu, kata Ima, bomoh berkenaan terkumat-kamit membaca sesuatu.
Bomoh itu mengajar cara penggunaan najis terbabit walaupun mulanya dia tidak sampai hati melakukannya.
“Bomoh itu menyuruh saya masukkan sedikit najis itu ke dalam makanan suami sebaik ia kering selepas dijemur dan suami pasti berubah dan sentiasa merindui saya,” katanya.
Selepas mengamalkan petua jijik berkenaan, dia berkata, suaminya yang sebelum itu sering keluar rumah, mula berubah dan kerap bersama dia dan anak.
“Perubahan itu benar-benar menggembirakan. Namun, beberapa bulan selepas mengamalkannya, saya menyedari perubahan aneh apabila suami menjadi murung, pendiam dan kurus.
“Dia seolah-olah hilang semangat dan kerap jatuh sakit. Perubahan fizikal dan mentalnya itu menyebabkan saya sedar ia berpunca daripada tindakan saya,” katanya.
Justeru, Ima dihantui rasa bersalah kerana suaminya masih di bawah pengaruh ilmu hitam itu.
Walaupun tidak lagi liar katanya, ubat guna-guna itu menyebabkan suaminya bagai orang bodoh dan kerap lupa banyak perkara.
Menurutnya, dia mencari pengamal perubatan Islam bagi memulihkan suaminya.
“Saya tidak mahu mati sebagai isteri derhaka dan tidak diterima tanah.
“Mungkin ketika itu saya terlalu jahil agama sehingga melakukan perkara bercanggah dengan Islam,” katanya.
Friday, 20 May 2016
ROH DAN PENNGERTIANNYA
Ini cerita bab Roh yang ku petik dari Kitab Sirrul Asrar
Tempat roh manusia, roh kehidupan, di dalam badan ialah dada. Tempat ini berhubung dengan pancaindera dan deria-deria. Urusan atau bidangnya ialah agama. Pekerjaannya ialah mentaati perintah Allah. Dengan peraturan-peraturan yang ditentukan-Nya, Allah memelihara dunia nyata ini dengan teratur dan harmoni. Roh itu bertindak menurut kewajipan yang ditentukan oleh Allah, tidak menganggap perbuatannya sebagai perbuatannya sendiri kerana dia tidak berpisah dengan Allah. Perbuatannya daripada Allah; tidak ada perpisahan di antara ‘aku’ dengan Allah di dalam tindakan dan ketaatannya.
“Barangsiapa percaya akan pertemuan Tuhannya hendaklah mengerjakan amal salih dan janganlah ia sekutukan sesuatu dalam ibadat kepada Tuhannya”. (Surah Kahfi, ayat 110).
“Barangsiapa percaya akan pertemuan Tuhannya hendaklah mengerjakan amal salih dan janganlah ia sekutukan sesuatu dalam ibadat kepada Tuhannya”. (Surah Kahfi, ayat 110).
Allah adalah esa dan Dia mencintai yang bersatu dan satu. Dia mahu semua penyembahan dan semua amal kebaikan, yang Dia anggap sebagai pengabdian kepada-Nya, menjadi milik-Nya semata-mata, tidak dikongsikan dengan apa sahaja. Jadi, seseorang tidak memerlukan kelulusan atau halangan daripada sesiapa pun di dalam pengabdiannya kepada Tuhannya, juga amalannya bukan untuk kepentingan duniawi. Semuanya semata-mata kerana Allah. Suasana yang dihasilkan oleh petunjuk Ilahi seperti menyaksikan bukit-bukti kewujudan Allah di dalam alam nyata ini; kenyataan sifat-sifat-Nya, kesatuan di dalam yang banyak, hakikat di sebalik yang nyata, kehampiran dengan Pencipta, semuanya adalah ganjaran bagi amalan kebaikan yang benar dan ketaatan tanpa mementingkan diri sendiri. Namun, semuanya itu di dalam taklukan alam benda, daripada bumi yang di bawah tapak kaki kita sehinggalah kepada langit-langit. Termasuk juga di dalam taklukan alam dunia ialah kekeramatan yang muncul melalui seseorang, misalnya berjalan di atas air, terbang di udara, berjalan dengan pantas, mendengar suara dan melihat gambaran dari tempat yang jauh atau boleh membaca fikiran yang tersembunyi. Sebagai ganjaran terhadap amalan yang baik manusia juga diberikan nikmati di akhirat seperti syurga, khadam-khadam, bidadari, susu, madu, arak dan lain-lain. Semuanya itu merupakan nikmati syurga tingkat pertama, syurga dunia.
Tempat ‘roh perpindahan atau roh peralihan’ ialah di dalam hati. Urusannya ialah pengetahuan tentang jalan kerohanian. Kerjanya berkait dengan empat nama-nama pertama bagi nama-nama Allah yang indah. Sebagaimana dua belas nama-nama yang lain empat nama tersebut tidak termasuk di dalam sempadan suara dan huruf. Jadi, ia tidak boleh disebut. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
“Dan bagi Allah jualah nama-nama yang baik, jadi serulah Dia dengan nama-nama tersebut”. (Surah A’raaf, ayat 180).
“Dan bagi Allah jualah nama-nama yang baik, jadi serulah Dia dengan nama-nama tersebut”. (Surah A’raaf, ayat 180).
Firman Allah di atas menunjukkan tugas utama manusia adalah mengetahui nama-nama Tuhan. Ini adalah pengetahuan batin seseorang. Jika mampu memperolehi pengetahuan yang demikian dia akan sampai kepada makam makrifat. Di samalah pengetahuan tentang nama keesaan sempurna.
Nabi s.a.w bersabda, “Allah Yang Maha Tinggi mempunyai sembilan puluh sembilan nama, sesiapa mempelajarinya akan masuk syurga”. Baginda s.a.w juga bersabda, “Pengetahuan adalah satu. Kemudian orang arif jadikannya seribu”. Ini bermakna nama kepunyaan Zat hanyalah satu. Ia memancar sebagai seribu sifat kepada orang yang menerimanya.
Dua belas nama-nama Ilahi berada di dalam lengkungan sumber pengakuan tauhid “La ilaha illa Llah”. Tiap satunya adalah satu daripada dua belas huruf dalam kalimah tersebut. Allah Yang Maha Tinggi mengurniakan nama masing-masing bagi setiap huruf di dalam perkembangan hati. Setiap satu daripada empat alam yang dilalui oleh roh terdapat tiga nama yang berlainan. Allah Yang Maha Tinggi dengan cara ini memegang erat hati para pencinta-Nya, dalam kasih sayang-Nya. Firman-Nya:
“Allah tetapkan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap di Penghidupan dunia dan akhirat”. (Surah Ibrahim, ayat 27).
“Allah tetapkan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap di Penghidupan dunia dan akhirat”. (Surah Ibrahim, ayat 27).
Kemudian dikurniakan kepada mereka kehampiran-Nya. Dia sediakan pokok keesaan di dalam hati mereka, pokok yang akarnya turun kepada tujuh lapis bumi dan Dahannya meninggi kepada tujuh lapis langit, bahkan meninggi lagi hingga ke arasy dan mungkin lebih tinggi lagi. Allah berfirman:
“Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Allah adakan misal, satu kalimah yang baik seperti pohon yang baik, pangkalnya tetap dan cabangnya ke langit. (Surah Ibrahim, ayat 24).
“Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Allah adakan misal, satu kalimah yang baik seperti pohon yang baik, pangkalnya tetap dan cabangnya ke langit. (Surah Ibrahim, ayat 24).
Tempat ‘roh perpindahan atau roh peralihan’ adalah di dalam nyawa kepada hati. Alam malaikat berterusan di dalam penyaksiannya. Ia boleh melihat syurga alam tersebut, penghuninya, cahayanya dan semua malaikat di dalamnya. Kalam ‘roh peralihan’ adalah bahasa alam batin, tanpa huruf tanpa suara. Perhatiannya berterusan menyentuh soal-soal rahsia-rahsia maksud yang tersembunyi. Tempatnya di akhirat apabila kembali ialah syurga Na’im, taman kegembiraan kurniaan Allah.
Tempat ‘roh sultan’ di mana ia memerintah, adalah di tengah-tengah hati, jantung kepada hati. Urusan roh ini ialah makrifat. Kerjanya ialah mengetahui semua pengetahuan ketuhanan yang menjadi perantaraan bagi semua ibadat yang sebenar-benarnya diucapkan dalam bahasa hati. Nabi s.a.w bersabda, “Ilmu ada dua bahagian. Satu pada lidah, yang membuktikan kewujudan Allah. Satu lagi di dalam hati. Inilah yang perlu bagi menyedarkan tujuan seseorang”. Ilmu yang sebenar-benarnya bermanfaat berada di dalam sempadan kegiatan hati. Nabi s.a.w bersabda, “Quran yang mulia mempunyai makna zahir dan makna batin”. Allah Yang Maha Tinggi membukakan Quran kepada sepuluh lapis makna yang tersembunyi. Setiap makna yang berikutnya lebih bermanfaat daripada yang sebelumnya kerana ia semakin hampir dengan sumber yang sebenarnya. Dua belas nama kepunyaan Zat Allah adalah umpama dua belas mata air yang memancar dari batu apabila Nabi Musa a.s menghentamkan batu itu dengan tongkatnya.
“Dan (ingatlah) tatkala Musa mintakan air bagi kaumnya, maka Kami berkata, ‘Pukullah batu itu dengan tingkat kamu’. Lantas terpancar daripadanya dua belas mata air yang sesungguhnya setiap golongan itu mengetahui tempat minumnya”. (Surah Baqarah, ayat 60).
“Dan (ingatlah) tatkala Musa mintakan air bagi kaumnya, maka Kami berkata, ‘Pukullah batu itu dengan tingkat kamu’. Lantas terpancar daripadanya dua belas mata air yang sesungguhnya setiap golongan itu mengetahui tempat minumnya”. (Surah Baqarah, ayat 60).
Pengetahuan zahir adalah umpama air hujan yang datang dan pergi sementara pengetahuan batin umpama mata air yang tidak pernah kering.
“Dan satu tanda untuk mereka, ialah bumi yang mati (lalu) Kami hidupkannya dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, lalu mereka memakannya”. (Surah Yaa Sin, ayat 33).
“Dan satu tanda untuk mereka, ialah bumi yang mati (lalu) Kami hidupkannya dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, lalu mereka memakannya”. (Surah Yaa Sin, ayat 33).
Allah jadikan satu bijian, sebiji benih di langit. Benih itu menjadi kekuatan kepada kehaiwanan di dalam diri manusia. Dijadikan-Nya juga sebiji benih di dalam alam roh-roh (alam al-anfus); menjadi sumber kekuatan, makanan roh. Bijian itu dijiruskan dengan air dari sumber hikmah. Nabi s.a.w bersabda, “Jika seseorang menghabiskan empat puluh hari dalam keikhlasan dan kesucian sumber hikmah akan memancar dari hatinya kepada lidahnya”.
Nikmat bagi ‘roh sultan ialah kelazatan dan kecintaan yang dinikmatinya dengan menyaksikan kenyataan keelokan, kesempurnaan dan kemurahan Allah Yang Maha Tinggi. Firman Allah:
“Dia telah diajar oleh yang bersangatan kekuatannya, yang berupa bagus, lalu ia menjelma dengan sempurnanya padahal ia di pehak atas yang paling tinggi. Kemudian ia mendekati rapat (kepadanya), maka adalah (rapatnya) itu kadar dua busur panah atau lebih dekat (lagi). Lalu Ia wahyukan kepada hamba-Nya apa yang Ia mahu wahyukan. Hatinya tidak mendusta apa yang dia lihat”. (Surah Najmi, ayat 5 – 11).
“Dia telah diajar oleh yang bersangatan kekuatannya, yang berupa bagus, lalu ia menjelma dengan sempurnanya padahal ia di pehak atas yang paling tinggi. Kemudian ia mendekati rapat (kepadanya), maka adalah (rapatnya) itu kadar dua busur panah atau lebih dekat (lagi). Lalu Ia wahyukan kepada hamba-Nya apa yang Ia mahu wahyukan. Hatinya tidak mendusta apa yang dia lihat”. (Surah Najmi, ayat 5 – 11).
Nabi s.a.w menggambarkan suasana demikian dengan cara lain, “Yang beriman (yang sejahtera) adalah cermin kepada yang beriman (yang sejahtera)”. Dalam ayat ini yang sejahtera yang pertama ialah hati orang yang beriman yang sempurna, sementara yang sejahtera kedua itu ialah yang memancar kepada hati orang yang beriman itu, tidak lain daripada Allah Yang Maha Tinggi sendiri. Allah menamakan Diri-Nya di dalam Quran sebagai Yang Mensejahterakan.
“Dia jualah Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia…Yang Mensejahterakan (Pemelihara iman), Pemelihara segala-galanya”. (Surah Hasyr, ayat 23).
“Dia jualah Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia…Yang Mensejahterakan (Pemelihara iman), Pemelihara segala-galanya”. (Surah Hasyr, ayat 23).
Kediaman ‘roh sultan’ di akhirat ialah syurga Firdaus, syurga yang tinggi.
Setesen di mana roh-roh berhenti adalah tempat rahsia yang Allah buatkan untuk Diri-Nya di tengah-tengah hati, di mana Dia simpankan rahsia-Nya (Sirr) untuk disimpan dengan selamat. Keadaan roh ini diceritakan oleh Allah melalui pesuruh-Nya:
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”.
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”.
Urusannya ialah kebenaran (hakikat) yang diperolehi dengan mencapai keesaan; mencapai keesaan itulah tuagsnya. Ia membawa yang banyak kepada kesatuan dengan cara terus menerus menyebut nama-nama keesaan di dalam bahasa rahsia yang suci. Ia bukan bahasa yang berbunyi di luar.
“Dan jika engkau nyaringkan perkataan, maka Sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7)
“Dan jika engkau nyaringkan perkataan, maka Sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7)
Hanya Allah mendengar bahasa roh suci dan hanya Allah mengetahui keadaannya.
Nikmat bagi roh ini ialah penyaksian terhadap ciptaan Allah yang pertama. Apa yang dilihatnya ialah keindahan Allah. Padanya terdapat penyaksian rahsia. Pandangan dan pendengaran menjadi satu. Tidak ada perbandingan dan tidak ada persamaan tentang apa yang disaksikanya. Dia menyaksikan sifat Allah, keperkasaan dan kekerasan-Nya sebagai esa dengan keindahan, kelembutan dan kemurahan-Nya.
Bila manusia temui matlamatnya, tempat kediamannya, bila dia temui akal asbab, pertimbangan keduniaannya yang memandunya selama ini akan tunduk kepada Perintahnya; hatinya akan rasa gentar bercampur hormat, lidahnya terkunci. Dia tidak berupaya menceritakan keadaan tersebut kerana Allah tidak menyerupai sesuatu.
Bila apa yang diperkatakan di sini sampai ke telinga orang yang berilmu, mula-mula cubalah memahami tahap pengetahuan sendiri. Tumpukan perhatian kepada kebenaran (hakikat) mengenai perkara-perkara yang sudah diketahui sebelum mendongak ke ufuk yang lebih tinggi, sebelum mencari peringkat baharu, semoga mereka memperolehi pengetahuan tentang kehalusan perlaksanaan Ilahi. Semoga mereka tidak menafikan apa yang sudah diperkatakan, tetapi sebaliknya mereka mencari makrifat, kebijaksanaan untuk mencapai keesaan. Itulah yang sangat diperlukan.
Semoga mendapat menafaat. Sekian.
JIN ITU VIRUS
Dipetik dari laman salah seorang pengamal perubatan ISLAM di KL.
Dalam tulisan seorang pensyarah USM baru-baru ini saya tukar tajuknya kepada “Jin bukan alam ghaib” mengambil kira bahawa ciptaan jin adalah dari unsur api yang terkandung padanya gas.
Gas adalah bahan atau jirim atau matter yang mempunyai berat dan jisim. Gas ada mass dan size kerana dia adalah komposisi udara. Saya tak tahulah kalau ada orang yang mengatakan bahawa oksigen, hidrogen, carbon dioxide itu sebagai perkara ghaib. Dua molekul Hidrogen jika digabungkan dengan satu molekul Oksigen akan membentuk air. Air pada suhu tinggi akan berpecah kepada molekul2 asalnya, pada suhu biasa menjadi cecair dan pada suhu beku menjadi ais. Faktur suhu merubah bentuk air.
Teori ini juga mungkin benar bagi jin, jin boleh merubah bentuknya mengikut “faktur tertentu” dan akan kekal dalam bentuk demikian sehinggalah “faktur” itu diubah.
Dua orang ulamak Islam pula mengatakan bahawa kuman dan virus adalah juga jin.
Syeikh Mohd Abduh dan muridnya Syeikh Saiyid al-Reda mengatakan bahawa jin yang begitu dikenal dalam Islam yang hidup dan bertubuh halus itu adalah kuman dan virus seperti yang dikenali dalam perubatan barat. Syeikh Saiyid al-Reda menyebutkan pandangnnya mengenai jin dalam kitab tafsirnya, al-Manar dengan katanya:
والمتكلمون يقولون: ان الجن أجسام حية خفية لا ترى, وقد قلنا في المنار غير مرة: انه يصح أن يقال: ان الاجسام الحية الخفية التى عرفت في هذا العصر بواسطة النظرات المكبرة وتسمى بالمكروبات, يصح أن يكون نوعا من الجن, وقد ثبت أنها علل لاكثر الأمراض:
Maksudnya:
“Dan ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata, sesungguhnya jin itu adalah (kejadian Allah) yang bertubuh halus dan hidup yang tidak boleh dilihat. Sesungguhnya telah pun kita katakan berkali-kali dalam kitab Tafsir al-Manar bahawa boleh disebutkan (kejadian Allah) yang hidup, bertubuh halus yang dapat dipastikan dan dikenal di zaman ini menerusi mikroskop sebagai virus itu adalah sebenarnya sejenis jin. Dan telah diketahui secara pasti ianya adalah merupakan punca bagi kebanyakan penyakit”.
Ini meyakinkan saya kenapa kedapatan ulamak yang menghalusi masalah kesihatan dan rawatan meletakan bahawa rawatan secara ruqyah adalah lebih aula berbanding rawatan allopathy, homeopathy dan lain-lain rawatan yang berasaskan kepada naqli tanpa sandaran aqli.
Ada setengah virus yang tidak boleh dibunuh walaupun suhu mencapai 10,000 darjah celcius dan hanya boleh dimatikan secara pancaran (unsur malaikat) seperti sinar gamma dalam teknik penyahkuman. Saya diberitahu adanya virus chikukungya yang menyerang-balas bagi sesiapa yang cuba membantu pesakit berkenaan.
———————————————————————————————–
Islam tu dah lengkap malah tiada penyakit yang tidak dapat disembuhkan denganNya (Al-Quran). Lalu kenapa kedapatan para pengamal perubatan ISLAM yang hanya mampu merawati hanya sesetengah penyakit sahaja?
Assalamualaikum wbt,
Saya amat tertarik dengan komen Pakcikli yang ni….” Keberkesanan al Quran untuk mengubat penyakit dan sebagainya adalah bergantung kepada tahid kita. jika tauhid kita kuat dengan hanya Bismillah pun kita boleh berjalan atas air atau terbang. Tapi kalau sekadar membaca alQuraan dibibir cuma , sehingga bebuaih mulut pun susah nak jadi, kalau jadi pun kerana syafaat syaitan atau jin.”
Terimakasih Pakcikli atas komen yg lebih bersifat akademik, mungkin kerana ini sememangnya bidang Pakcikli. Pakcikli membuat kajian berdasarkan fakta sains manakala saya pula mengkaji bersumber kepada Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias.Bila Syeikh Saiyid al-Reda menyebutkan pandangannya mengenai jin dalam kitab tafsirnya, al-Manar dengan katanya:
والمتكلمون يقولون: ان الجن أجسام حية خفية لا ترى, وقد قلنا في المنار غير مرة: انه يصح أن يقال: ان الاجسام الحية الخفية التى عرفت في هذا العصر بواسطة النظرات المكبرة وتسمى بالمكروبات, يصح أن يكون نوعا من الجن, وقد ثبت أنها علل لاكثر الأمراض:
Maksudnya:
“Dan ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata, sesungguhnya jin itu adalah (kejadian Allah) yang bertubuh halus dan hidup yang tidak boleh dilihat. Sesungguhnya telah pun kita katakan berkali-kali dalam kitab Tafsir al-Manar bahawa boleh disebutkan (kejadian Allah) yang hidup, bertubuh halus yang dapat dipastikan dan dikenal di zaman ini menerusi mikroskop sebagai virus itu adalah sebenarnya sejenis jin. Dan telah diketahui secara pasti ianya adalah merupakan punca bagi kebanyakan penyakit”.
Bila Ulama Tasauf dan Tauhid berkata, saya tidak ragu2 lagi kerana mereka bukan bercakap dari mulut shj tetapi dari hati yg dilimpahi pancaran NUR.Maka saya mencari-cari jawapannya dalam 4 sumber tadi termasuk Kitab Tibbun Nabawi tulisan Ibnu Taimiyah. Pendapat saya adalah jawapan untuk diri saya ye Pakcikli, bukan nak bertengkar dgn sesiapa, kita disini bermuzakarah dgn menyuarakan pandangan masing2 dalam bidang masing2, Pakcikli, Tok Sheikh dan saya nampaknya mempunyai pandangan yg mungkin berbeza tetapi itu semua tak jadi hal kerana biarlah para pembaca memilih pandangan manakah yang sesuai dgn keilmuan masing2 sepertimana keizinan Allah Azzawajalla keatas pendapat yg diilhamkan oleh Allah Azzawajalla kpd Imam2 Mazhab kita.
a) Saya merujuk kepada kisah Nabi Ayub, selepas mendapat keizinan Allah SWT, Iblis mengumpulkan bala tenteranya untuk menghancurkan keluarga dan harta benda Nabi Ayub. Dan bagi menimbulkan penyakit Iblis hanya meniup di ubun2 baginda. Untuk apa Iblis kumpulkan beratus2 jin & syaitan bersamanya sedangkan Nabi Ayub hanya seorang. Untuk duduk didalam tubuh Nabi Allah Ayub dan merosakkan setiap organ dan saraf.
b) Allah SWT dah nyatakan bhw penyakit Taun adalah angkara Jin , untuk memusnahkan sesuatu kaum. Begitu juga Angin Ahmar dari Jin yg bernama Rihul Ahmar.
c) Rasulullah SAW sebelum diturunkan oleh Allah SWT akan ayat Muawizzatain, baginda berbekam untuk mengeluarkan penyakit akibat gangguan sihir. Bukankah ada hadis mengatakan bahawa Jin & Syaitan berada didalam tubuh manusia didalam saluran darah. Darah didalam tubuh adalah dari unsur api sesuai dgn asal kejadian Jin. Darah yg dipam dari jantung menyebarkan penyakit , jantung yg berpenyakit adalah jantung yg tidak digunakan utk menyebut NAMA ALLAH, sedang jantung adalah STOR ASMAUL HUSNA.Kan Tok Ayah dah pesan …..”perlu berselawat sebanyak 5.6 juta kali utk membersihkan darah kejinnan didalam tubuh.
d) Pengalaman seorang Sheikh di Jordan mengubati penyakit kerasukan terhadap seorang gadis , setelah Jin didalam badan sigadis itu bersuara dan mendedahkan bahawa bukan setakat itu shj gangguannya malah kedua ibubapa gadis ini telah diguna sihir pemisah dan abang sigadis ini yg belajar di Amerika telah di ganggu saraf dan organnya sehingga pihak doktor mengesahkan bahawa pundi kencing siabang dah rosak dan dibuang dan siabang terpaksa bergantung kepada tiub yg dipasang diluar tubuhnya utk membuang air. Malah banyak lagi penyakit yg dirawat oleh Sheikh ini hanya berdasarkan Ruqyah sedangkan penyakitnya adalah disahkan doktor dari penyakit MEDIC.
Bila Jin dan Syaitan sudah lari maka sembuhlah penyakit itu dgn izin Allah tanpa sebab musabab lagi.
Bila Jin dan Syaitan sudah lari maka sembuhlah penyakit itu dgn izin Allah tanpa sebab musabab lagi.
e) Pengalaman saya sendiri :
Saya rujuk kepada Buku karya Harun Yahya berkenaan kekebalan tubuh, bhw sanya ALlah SWT ciptakan kejadian tubuh ADAM ini selengkap dan sesempurna kejadian. Lengkap dgn anggota tentera yg bersedia menyerang musuh yg datang dari luar tubuh. Jadi apakah yg menyebabkan tubuh berjaya ditembusi musuh dan dapat mengalahkan tentera2 ini. Empunya tubuh itu sendiri yg membawa masuk unsur-unsur haram kedalam tubuh seperti dadah yg dianggap ubat (mengikut dos yg sesuai supaya kesan kemudaratannya berlaku dalam jangkapanjang). Kita dah mengizinkan dadah ni masuk kedalam tubuh semenjak kita bayi lagi.Pelbagai suntikan dah kita ambil, apakah kemunculan kita diatas mukabumi tiada jaminan keselmatan dari ALlah SWT ?
Pensyarah dari USM lah yg banyak membongkar akan kandungan bahan-bahan haram didalam ubatan moden hasil ciptaan Yahudi untuk melemahkan umat ISLAM. Yg terbaru mereka berjaya menyuntik bakal jemaah HAJI dengan suntikan mengandungi unsur BA….dan dibawa masuk ke 2 bandar yg takkan dapat dimasuki oleh DAJJAL iaitu MEKAH dan MADINAH. Dgn sokongan ULAMA SUK , dakyah YAHUDI ini mendapat sambutan. Kalau dah benda2 haram masuk tubuh, seperti membuka pintu kepada Jin dan Syaitan lah utk bermastautin. Pengalaman saya dalam merawati penyakit MEDIC yg mungkin berpunca dari pengaruh Jin dan Syaitan :
1) Seorang Cina (bekas pekerja ALONG) sudah 11 tahun sengsara sakit yg tidak diketahui punca. Dah puas berubat, hospital, Imam Masjid, Ustaz2 tersohor dan mana-mana tabib Islam, asalkan ada shj yg direkomenkan beliau pergi berubat. Tiada hasil apa-apa…..saya hanya mandikan, keluar serbuk kaca dari setiap lubang roma.
2) Pesakit GOUT, kaki dah membengkak kedua belah dari hujung jari ke paha dan doktor mahu membedah dan menyedut apa saja didalam kakinya yg membesar seperti kaki gajah. Saya hanya meletakkan tapak tangan, niat dan berzikir. Selepas 7 hari kakinya kecut seperti sediakala.
3) Pesakit lumpuh 8 tahun, bangun dikala itu juga dan segala anggotanya pulih ketika itu juga. Siapa boleh explain fenomena ini?
4) Anak saudara saya di Wad ICU kerana jantung berlubang, atas desakan ibu mertua, saya gunakan cara makrifat merawat kaedah jarak jauh. Doktor discharge bayi itu sebab jantungnya dah bertaut.
5) Budak berumur 3 tahun ditebuk kepala kerana air keluar tanpa henti dan doktor pasang tiub mengalirkan air itu keluar. Bila doktor minta izin untuk tebuk lagi satu lubang telah mengundang kemarahan bapa si anak ini lalu sibapa berjumpa saya . Setelah kaedah makrifat , budak itu keluar dari ICU dan masuk wad biasa, saya dijemput sibapa kewad utk rawatan susulan. Menangis tiada henti sianak kerana kesakitan dadah antibiotik pula disalur ke dalam tangannya. Selepas terapi selqama 45 minit 2 surah iaitu Yaasin dan Al-Waqiah, sianak diam dan tidur lena.
6) Pakcik saya disahkan rosak seluruh organ dan sudah disuruh pulang oleh doktor. Namun seminggu kemudian beliau masuk semula wad kerana sarafnya tidak berfungsi menyebabkan kemutan tidak berlaku dan najis keluar tanpa henti. Hanya tapak tangan dan bacaan Surah Yaasin dan Al-Waqiah mengiringi sisakit dan Alhamdulillah sudah hampir 3 tahun beliau kekal sihat dan asyik berkebun utk hilangkan kebosanan.
7) Sepupu saya dirawat dihospital Seberang Jaya kerana ULSER selama sebulan. Tubuh sudah kurus kering dan lemah sekali dan lagi 4 bulan pembedahan untuk buang hempedu. Melihatkan ayahnya sembuh, beliau turun ke KL dan saya rawat selama 3 hari berturut2. ULSER nya hilang sama sekali dan batu didalam hempedu hancur tanpa berita.
8) Si Tahfiz yg gagal disembuhkan oleh Sheikhnya sendiri dan Tuan Guru Nik Aziz, hanya sekali terapi , mengikut mertuanya sembuh 100% dan menjadi pelajar terbaik di Jordan. Khadamnya dapat di usir dgn izin dan atas rahmat ALLAH SWT jua.
9) Tulang paha dah hancur lalu terapi yg sama dilakukan keatas paha berkenaan, tulangnya kembali bertaut dgn cepat.
10) Pesakit STOKE di ICU hanya saya bagi minum. Bila dah keluar dari hospital, beliau ke PD untuk berendam dalam pasir. Singgah dipasaraya dlm perjalanan pulang kebetulan berhanpiran rumah saya. Tercekik bukan sebab makan tetapi gangguan JIN. Dalam 10 minit, JIN CABUT.
Pengalaman ini sekali gus menceritakan kaedah saya kepada TOK SHEIKH. Hanya 2 tapak tangan TS, segala penyakit dapat disembuhkan dgn izinNya. namun segalanya bergantung kepada izinNya jua.Mereka yg tak yakin dgn kaedah TUHAN dan NAMA-NAMA ALLAH yg ditempelkan pada tangan kita ini mampu merawat apa sahaja penyakit yg DIA turunkan kerana “SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MATI”, MAKA TAKKAN SEMBUH JUGA.
Saya hanya belajar dari 1 guru (Titik 9) yg mana ILMU ini adalah datang terus dari NYA (Bahr AL-Qudr).Tok Sheikh berusaha keras mencari guru-guru untuk mempelajari pelbagai ilmu perubatan dan ALHAMDULILLAH berjaya. Saya terus meminta kepada YANG PUNYA ILMU, MAHAGURU segala guru. YANG MAHA PENYEMBUH, MAHA BERKUASA DAN YANG HIDUP TIDAK MATI-MATI .
Bukankah keyakinan itu berasaskan kepada 4 tahap, ILMU YAQIN, AINUL YAQIN, HAQQUL YAQIN DAN KAMALUL YAQIN. Bila saya belajar kaedah perubatan tradisional dulu, pelbagai prosidur dan pelbagai bahan terpaksa dicari dan diingat kaedahnya.Lalu hati saya tertanya-tanya, kalau ALLAH itu YANG MAHA MENYEMBUHKAN, apa perlu saya mempelajari prosidur ini, saya hanya perlu MINTA KEPADANYA.
Itulah kaedah dalam Ilmu SUNAN dan Titik 9, DOA dan meminta kepada Nya. Niat kan hajat dan berzikir lah agar segala hajat di kabulkan. Namun disiplin untuk mendapat ilmu ini amat ketat sepertimana yg pernah saya ceritakan dulu. ILMU ini tak boleh di buka kepada umum sebab itu ia amat susah diperolehi dan susah dicari dimana-mana. Namun segalanya atas tingkat diri kita lah , Allah Azzawajalla juga memberi kepada sesiapa yg meminta , bersesuaian dgn tahap iman, amal dan taqwa. Sekian.
Tulisan ini bagi menyokong fakta-fakta yg saya huraikan diatas.
Vaksinasi Dan Sistem Dajjal
Diposting oleh Team Ihya As-Sunnah di 9:35 PM
Koran Republika edisi Sabtu 25 April 2009 memuat sebuah berita yang sebenarnya sangat penting bagi ummat Islam. Letaknya di pojok kanan halaman 12. Berita itu memuat hasil temuan LPPOM Majelis Ulama Islam Sumatera Selatan yang menyimpulkan bahwa Vaksin Meningitis mengandung enzim porchin dari babi. Bayangkan..! Vaksin yang selama ini diharuskan bagi calon jamaah haji ternyata mengandung zat najis, bukan sekedar haram. Kita tahu bahwa dalam ilmu fiqh membersihkan tubuh dari bahan najis sejenis babi mengharuskan kita mencuci bagian tubuh yang tersentuh najis itu dengan air sebanyak tujuh kali dan salah satunya dicampur dengan tanah. Lalu bagaimana caranya bila zat najis itu dimasukkan ke dalam tubuh kita? Adakah cara untuk membersihkannya? Padahal di antara dampak barang haram, apalagi najis, yang masuk ke dalam tubuh seorang muslim ialah tidak bakal dikabulkannya doa. Begitu kurang lebih penegasan Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam. Berarti para jamaah haji kita yang sudah bersusah payah dengan biaya besar pula pergi ke tanah suci, ternyata dengan syarat vaksin ini justru menyebabkan berbagai doa yang diajukannya di tempat-tempat mustajab menjadi sia-sia? Wallahua’lam.
ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ
إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ
وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
“Kemudian Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam menyebut tentang seseorang yang baru pulang safar lalu menengadahkan tangannya ke langit berdoa: “Ya Rabb, ya Rabb.” Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan ia menyantap apa-apa yang haram. Bagaimana yang demikian bisa dikabulkan? ” (HR Muslim 1686)
Tulisan ini tidak dimaksudkan untuk membicarakan solusi dari masalah di atas. Kami cuma ingin mengingatkan pembaca bahwa zaman yang sedang kita jalani dewasa ini memang sungguh zaman yang tidak berfihak kepada Islam dan kaum muslimin. Kita sedang menjalani era paling kelam dalam sejarah Islam. Inilah babak keempat dari era Akhir Zaman. Inilah babak kepemimpinan para mulkan jabbriyyan (raja-raja / penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak sambil mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya). Sesudah runtuhnya tatanan kehidupan bermasyarakat dan bernegara ummat Islam –yakni al-khilafa al-Islamiyyah- maka Allah menyerahkan giliran kepemimpinan ummat manusia kepada kaum kuffar. Apalagi setelah memasuki era globalisasi semakin tampak saja dominasi kaum kuffar atas kehidupan manusia di planet bumi ini. Dengan komandan negara Amerika Serikat di bawah konsultan Yahudi, dunia digiring menjauh dari nilai-nilai Rabbani. Pantas bilamana seorang ulama Pakistan bernama Imran Hussain berkata: ”We are living in a godless civilization.” (Kita sedang hidup dalam peradaban yang tidak bertuhan).
Problem vaksinasi hanyalah salah satu contoh kasus dari dominasi nilai-nilai kafir yang sedang mendominasi dunia dewasa ini. Pada hakikatnya segenap lini kehidupan dunia modern dewasa ini sarat dengan permasalahan jika ditinjau dengan perspektif ajaran Allah Al-Islam. Ketika dunia dipimpin oleh kaum kuffar wajarlah bila kita temukan berbagai lini kehidupan ummat manusia menjadi bermasalah. Semua ini tidak terlepas dari fakta bahwa para pemimpinnya sendiri tidak mengerti arah dan tujuan hidup di dunia. Lalu bagaimana lagi bisa diharapkan mereka dapat mengantarkan ummat manusia yang mereka pimpin menuju arah dan tujuan yang jelas dan benar?
Seorang penulis muslim berkebangsaan Inggris bernama Ahmad Thomson menulis sebuah buku berjudul ”Dajjal:The Anti-Christ.” Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia menjadi ”Sistem Dajjal.” Dalam bukunya ia menjelaskan bahwa sejak hampir satu abad yang lalu dunia makin hari makin membentuk dirinya menjadi sebuah Sistem Kafir yang lebih cocok disebut sebagai Sistem Dajjal. Ia berpandangan bahwa Dajjal memiliki tiga sisi tampilan. Pertama, sisi sebagai gejala sosial budaya global. Kedua, Dajjal sebagai kekuatan gaib yang tidak tampak kasat mata. Dan ketiga, Dajjal sebagai individu atau oknum. Keberadaan sistem dan para pengurusnya itu, merupakan bukti dari Dajjal sebagai gejala sosial budaya global dan Dajjal sebagai kekuatan gaib. Dilihat dari semua pertanda yang nampak dewasa ini, kedua sisi Dajjal tersebut – yang akan dijelmakan oleh si Dajjal sendiri – sudah sangat kentara, ini berarti kemunculan Dajjal sudah sangat dekat.
Jadi berdasarkan tulisan Ahmad Thomson dewasa ini Dajjal sebagai gejala sosial budaya global dan kekuatan gaib yang tidak tampak kasat mata sudah mewujud. Tinggal Dajjal sang individu atau oknum yang belum muncul. Seluruh nilai-nilai yang berlaku dalam sistem Dajjal secara diameteral bertentangan dengan nilai-nilai Sistem Kenabian. Sebab sistem Dajjal berisi nilai-nilai kekafiran sedangkan sistem Kenabian mengandung nilai-nilai keimanan. Baik itu dalam bidang ideologi, sosial, politik, seni-budaya, ekonomi, pendidikan, hukum, militer dan pertahanan keamanan. Tentu tidak ketinggalan ia juga mencakup aspek kehidupan yang disebut dengan dunia medis. Coba perhatikan kutipan tulisan Ahmad Thomson di bawah ini:
Sebagaimana sistem pabrik dan sistem pendidikan kafir, sistem medis kafir dijalankan bak sebuah bisnis. Sistem medis kafir tak begitu peduli pada penyembuhan dan apa yang bermanfaat atau tidak. Bahkan merupakan sebuah bisnis besar bagi perusahaan-perusahaan farmasi yang memasok obat-obatan dan peralatannya, seraya memelihara beribu-ribu pekerja yang dikaryakan untuk menambal para pasien, agar mereka pun bisa dikaryakan. Kini, kita lebih sering mendengar mahasiswa kedokteran berbicara mengenai gaji-gaji besar yang mereka cita-citakan – apabila telah lulus ujian dan mendapat secarik kertas – dibanding dengan berbicara mengenai cita-cita mereka untuk menyembuhkan banyak manusia, atau berbicara mengenai bagaimana cara mencapai penyembuhan tersebut.
Ahmad Thomson menggambarkan sistem medis kafir sebagai sebuah bisnis besar yang berkembang guna melestarikan proses produsen-konsumen. Sistem medis dalam sistem Dajjal tidak pernah dimaksudkan untuk benar-benar menghapus penyakit dan menimbulkan kesehatan. Ia malah melestarikan penyakit dengan mencekoki masyarakat obat-obatan kimiawi yang menyerang sistem kekebalan tubuh manusia. Itulah sebabnya industri farmasi menjadi industri yang sangat profitable (menguntungkan secara bisnis). Tak kecuali fenomena yang disebut dengan vaksinasi. Vaksinasi merupakan salah satu cara massif untuk menimbulkan ketergantungan masyarakat kepada sistem medis dan sistem farmasi kafir.
Dalam sebuah situs bernama informationliberation:The news you’re not suppose to know terdapat sebuah video yang menjelaskan bahaya vaksinasi bagi ummat manusia. Video tersebut melibatkan para dokter medis, peneliti dan pengalaman beberapa orang tua dalam hal vaksinasi. Video tersebut bernama Vaccination:the Hidden Truth (Vaksinasi: Kebenaran yang Disembunyikan). Sudah banyak orang menjadi sadar untuk meninggalkan budaya vaksinasi sesudah menonton video ini. Bagi yang berminat silahkan click http://www.informationliberation.com/?id=13924 . Di dalam situs itu ditulis:
“Find out how vaccines are proven to be both useless and have harmful effects to your health and how it is often erroneously believed to be compulsory.” (Temukan bagaimana vaksin terbukti sia-sia belaka dan malah mengandung efek berbahaya untuk kesehatan Anda dan bagaimana ia sering keliru diyakini sebagai wajib)
Saudaraku, sungguh terasa bahwa zaman yang sedang kita jalani dewasa ini benar-benar merupakan zaman penuh fitnah. Seandainya Allah tidak melindungi dan merahmati kita, niscaya kita terancam oleh kekuatan kaum kuffar yang setiap saat menebar kemudharatan. Kemudharatan mana tidak hanya mengganggu aspek fisik diri kita, melainakan mencakup aspek pemahaman bahkan aqidah kita.
Hidup di babak keempat era Akhir Zaman sungguh menuntut kita untuk sangat memperhatilkan peringatan Allah di bawah ini:
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ
سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
”Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (QS Al-An’aam ayat 116)
Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami bahwa yang benar itu benar, dan berilah kami kekuatan untuk mengikutinya. Dan tunujukkanlah kepada kami bahwa yang batil itu batil, dan berilah kami kekuatan untuk menjauhinya.
Sekian, semuga mendapat menafaat.
Tuesday, 17 May 2016
JENIS-JENIS AMALAN KHURAFAT ORANG MELAYU
Diantara jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu adalah seprti berikut;
1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar.
Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial.
2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu.
Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.
3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan jurus kebatinan.
Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya dari Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.
4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya.
Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari al-Qur’an dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Qur’an mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta keapad batu atau kayu dan sebagainya.
5. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang telah lalu atau di masa akan datang.
Sebahagian daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun.
6. Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam Islam seperti kata-kata “Tabik Tok Nenek” ketika melalui sesuatu tempat atau “Minta simpang Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini.
7. Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang tsabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci.
Pada kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Maka sebab itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.
8. Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan alas an boleh menghindari dari gangguan makhluk halus.
9. Mengantung isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan tulisan yang bukannya ayat al-Qur’an atau sesuatu yang warid dalam agama.
10. Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam badan (menurun).
Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat berbeza sama sekali dengan manusia.
11. Mengamalkan ilmu pengasih
Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Qur’an yang ditokok tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.
12. Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah dan menjemput malaikat datang ke rumah.
Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada malam Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh para malaikat ataupun untuk menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama Hindu dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang kemudharatan kepada pelakunya.
13. Meletakkan air di dalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat “Air Malaikat”.
Sesungguhnya Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah SWT daripada Nur atau cahaya yang tidak pernah menderhakai Allah SWT walaupun mereka tidak mempunyai nafsu, tidak makan, minum, tidur, berkahwin, beranak ataupun melakukan sesuatu yang disebabkan nafsu. Maka bagaimana mungkin air boleh disediakan untuk minuman para malaikat? Ini adalah disebabkan kejahilan tentang perkara agama.
14. Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau.
Tujuan mereka untuk menguji ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan dengan seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat layak diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT.
15. Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau lainnya.
Merubah sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram. Seperti firman Allah dalam Surah at-Tin, ayat 4 :-
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)”.
16. Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan tubuh badan atau untuk kuatkan rangsangan seks.
Pemakaian raksa boleh mengkategorikan sebagai merubah ciptaan Allah SWT dan amaln sihir, kerana pemakaian raksa akan menyebabkan seseorang itu menjadi kuat, kebal, tidak penat bekerja berat. Jampi serapah serta amalan tertentu diperlukan untuk memasukkannya seperti pemakaian susuk.
17. Menggunakan objek untuk menakuti jin.
Menggunakan sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan takut kepada benda tersebut ataupun bermain dengannya, seperti menabur beras kunyit di dalam rumah, menabur kacang hijau atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka di rumah, meletakkan sesuatu benda yang berduri di dalam rumah.
18. Kepercayaan kepada kebolehan benda memberi mudharat dan manfaat.
Mempercayai sesuatu objek boleh memberi mudharat dan manfaat seperti batu zamrud, kayu koka, kemuning hitam, raja kayu, teras kilo dan buluh tumpat.
19. Kepercayaan kepada tuah keranda.
Lari dibawah keranda seseorang yang kita terlalu kasih supaya tidak teringat kepadanya.
Sebahagian dari fahaman khurafat yang masih lagi menyelubungi umat Islam dalam masyarakat kita ialah fahaman-fahaman seperti :-
Jangan makan nasi di dalam periuk atau belanga nanti jadi fakir.
Jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki.
Jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki.
Rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai ke atas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan.
Jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki.
Jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki.
Rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai ke atas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan.
20. Menzalimi binatang seperti amalan memindahkan penyakit kepada binatang atau menyihir seseorang dengan menggunakan katak atau binatang lain.
Tindakan menzalimi binatang dengan alasan untuk menyelamatkan manusia tidak dapat diterima akal dan syarak, bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati Allah SWT.
21. Kepercayaan kepada kebolehan seseorang mendatangkan mudharat atau manfaat.
Mempercayai seseorang wali, keramat atau seseorang seperti bomoh dan dukun boleh mendatangkan kemudharatan ataupun manfaat.
22. Kepercayaan kepada kejadian alam sebagai isyarat masa depan.
Mempercayai sesuatu perkara atau bunyi yang berlaku ada kaitan dengan apa-apa perkara atau kaitan dengan orang tertentu, seperti bunyi cicak atau burung, kucing atau biawak melintas dalam perjalanan akan membawa malapetaka.
23. Membaca ayat al-Qur’an secara songsang ataupun dihentikan pada tempat yang salah dari segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan syarak.
Umpamanya membaca surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan tujuan perubatan atau untuk menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain. Amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah SWT, yang mencela sikap golongan Yahudi yang mengubah-ubah ayat-ayat Allah di dalam kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi sesat.
“Di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata Dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Surah an-Nisa, ayat 46)
24. Kepercayaan kepada kebolehan wafaq.
Mempercayai wafaq atau huruf Hija’iyah yang tertentu, yang tertulis sama ada secara rajah ataupun tidak dan juga yang tidak dapat difahami maksudnya, dapat mendatangkan sesuatu manfaat ataupun mudharat. Ini adalah sebahagian dari amalan sihir yang menyesatkan. Apatah lagi jika dikaitkan dengan sesuatu fahaman dan iktikad umpamanya boleh melariskan perniagaan, mendekatkan jodoh dan menghindarkan penyakit.
25. Pengubatan yang bercanggah dengan Islam.
Berubat dengan kaedah yang salah dan haram disisi agama seperti menyembelih ayam jantan/hitam, makan bara api, menilik di dalam air atau asap, menitik lilin di dalam air untuk mengetahui sesuatu, mandi air najis, membuka, melihat dan menyentuh aurat pesakit tanpa hajat, berdua-duaan dengan pesakit.
26. Pengubatan dengan bahan harum.
Berubat dengan menggunakan bahan-bahan yang haram. Misalnya najis, darah, nanah, air longkang, kain lampin, tuala/modes wanita yang mengandungi kesan darah, sesuatu dari cebisan tubuh badan manusia, seperti rambut, kuku, gigi dan tulang manusia.
27. Upacara memanggil roh.
Mengadakan upacara Tahdhirul Arwah, kononnya untuk memanggil roh-roh tertentu masuk kedalam badan seseorang, seperti : memanggil roh Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani dan sebagainya.
28. Pengubatan tanpa sumber agama.
Berubat dengan kaedah yang tidak ada asal usul dalam ugama seperti ilmu cungkil urat dengan digaris-garis di hadapan jari kaki dan tangan yang diurut di atas sebuah papan dengan menggunakan pisau tumpul, menggunakan pahat atau penukul. Kononnya sebagai isyarat untuk memulihkan sendi atau uray yang sakit. Juga memaku paku di tiang rumah untuk menghilangkan sakit gigi, menggunakan keris, pisau, pedang dan gambar.
29. Pengubatan oleh bomoh bukan Muslim.
Berubat dengan bomoh bukan Islam, seperti : sami Hindu, sami Buddha, paderi Kristian dan tok batin Orang Asli yang menggunakan kaedah kepercayaan terhadap agamanya ataupun jampi serapah agamanya.
30. Mendakwa diri sebagai seorang kasysyaf.
Mendakwa diri sebagai seorang wali yang kasysyaf dan boleh melihat jin dan sebarang makhluk halus dan boleh menyembuhkan sebarang penyakit.
31. Mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik.
Seperti mesti memberi benda tajam, atau bayaran yang berjumlah suku seperti dua ringgit suku dan membawa pulut kuning dan telur berwarna.
Rujukan :
Menjana Masyarakat Beraqidah – Himpunan Kertas Kerja Seminar Motivasi Masyarakat Beraqidah Majlis Ilmu 2007, Cetakan Pertama : 2008, Diterbitkan oleh : Jabatan Perdana Mentiri, NBD.
Sunday, 15 May 2016
PENYAKIT SUSAH KENCING
APA DIA GINJAL?
Ia adalah sepasang organ kembar terletak sebelah
menyebelah menyebelah tulang belakang bawah sedikit kepada rangka tulang rusuk.
Ianya menjalankan fungsi terpenting seperti berikut:
1) membersihkan bahan dan cecair berlebihan dari dalan
darah
2) menapis darah, menyimpan setengah-setengah kompaun dan
membuangkan yang lain
3) menolong memperbetulkan tekanan darah, menentukan
bilangan sel darah dan kesihatan tulang-tulang
APAKAH YANG AKAN TERJADI APABILA GINJAL MUSNAH?
Badan tidak berupaya menolak keluar air secukupnya, garam
dan lain-lain bahan. Jumlah air di dalam badan bertambah dan tisu-tisu
membengkak (OEDEMA). Persebatian cecair dalam badan berubah dengan pesat
sehingga menjadikan ia begitu abnormal dan kematian akan berlaku kecuali jika
pengubatan secara ´dialisis dijalankan´
APAKAH PENYAKIT-PENYAKIT GINJAL?
Penyakit ginjal tidak hanya satu jenis. Bahkan terdapat
berbagai-bagai penyakit yang berbeza mengikut kompenan ginjal yang terlibat.
Penyakit ginjal termasuk:
1. infeksi saluran kencing
2. saluran kencing tersekat, misalnya batu dalan ginjal,
cysts dan lain-lain
3. tekanan darah tinggi (hypertension)
4. Glomerulonephritis
5. Nephrosis
6. lain-lain, misalnya kencing manis, kerosakan akibat
kimia toksik tertentu seperti dadah dan lain-lain.
TANDA-TANDA AMARAN PENYAKIT GINJAL
1. kepedihan atau
kesulitan semasa buang air kencing
2. kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam
3. mengeluarkan kencing berdarah
4. bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama
di kalangan kanak-kanak
5. kesakitan bahagian belakang, sedikit ke bawah dari
tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)
6. tekanan darah tinggi. Jika terdapat tanda-tanda ini
minta nasihat doktor anda. Setengah penyakit ginjal menyerang tanpa apa-apa
tanda, oleh itu pastikan kencing anda diperiksa tiap-tiap tahun.
KENCING BERCAMPUR DENGAN DARAH KENCING BERDARAH –
Sama ada sakit atau tidak - Sama ada kencing berdarah itu
pekat atau tidak- Sama ada kencing berdarah itu berlaku sekejap--- Sekejap atau
berterusan semasa kencing- Sama ada kencing berdarah itu mempunyai darah beku
atau tidak- Sama ada kencing berdarah itu berlaku pertama kalinya ataupun sudah
beberapa kali. Adalah penting perkara ini disiasat.
JANGAN BIARKAN
IANYA BERULANG, BARULAH HENDAK BERJUMPA DOKTOR
APAKAH PERKARA INI SERIUS?
Ya, ada kemungkinan telah berlaku kerosakan serius
didalam buah pinggang atau pundi-pundi kencing dan amatlah mustahak ujian-ujian
dan pemeriksaan dilakukan secepat mungkin. Di sebaliknya pula, ia mungkin satu
jenis jangkitan yang hanya perlu dirawat dengan antibiotik sahaja.
APAKAH YANG DOKTOR ANDA AKAN LAKUKAN?
Mula-mula ia akan bertanya anda samaada terdapat
gejala-gejala seperti sakit atau susah semasa kencing. Selepas itu ia akan
melakukan satu pemeriksaan fizikal yang sempurna. Satu contoh air kencing akan
diperiksa dan ujian lanjut perlu diadakan berdasarkan perubahan-perubahan yang
terdapat pada contoh air kencing itu.
APA YANG BERLAKU SELEPAS INI?
Sekiranya doktor anda berpendapat bahawa ujian-ujian
tambahan perlu diadakan maka salah satu daripadanya adalah mengambil Xray buah
pinggang dan pundi-pundi kencing anda. Ujian ini dikenali sebagai Intravenous
Pyelogram atau Urogram (IVP atau IVU). Sekiranya ia mengesyaki yang pendarahan
berlaku dalam pundi-pundi kencing anda satu pemeriksaan Cystoscopy perlu
diadakan. Ini dilakukan dengan menggunakan satu alat khas untuk melihat ke
dalam pundi-pundi kencing, biasanya pesakit akan dibius menggunakan gas.
Sekiranya doktor anda mengesyaki ada pendarahan berlaku dalam unit-unit
penapisan microscopic buah pinggang, sedikit ´tisu´ buah pinggang adalah perlu
diambil dengan menggunakan jarum khas (kidney Biopsy) untuk menentukan diagnosa
keadaan ini.
SILA AMBIL PERHATIAN:
Sekiranya anda mengalami kencing berdarah, dapatkanlah
nasihat doktor secepat mungkin dan ikutilah segala nasihat-nasihatnya. INFEKSI
SALURAN KENCING Ini adalah satu masalah yang paling kerap dirawat oleh para
doktor. Infeksi saluran kencing boleh digelar ´infeksi´ pundi-pundi
(cystitis”)jika bacteria terdapat di pundi-pundi atau infeksi ginjal
(pyelonephritis) jika bacteria terdapat di ginjal (buah pinggang)
TANDA-TANDA AMARAN PENYAKIT INFEKSI SALURAN KENCING -
Kanak-kanak yang
kencing dalam tidur - Buang air kencing dengan kerap- Sakit dan rasa pedih
ketika buang air kencing- Demam dan rasa seram sejuk- Sakit atau lenguh di
belakang dibawah tulang rusuk
APABILA RAGU-RAGU MINTA NASIHAT DOKTOR FAKTA-FAKTA
BERKAITAN DENGAN INFEKSI SALURAN KENCING
Kanak-kanak perempuan lebih kerap mendapat infeksi
saluran kencing- lebih kurang 80 kali ganda daripada kanak-kanak lelaki
Kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki yang mengidap infeksi saluran kencing
mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal) adalah besar. Setengah
dari kanak-kanak perempuan yang mengidap infeksi saluran air kencing juga
mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal). Kanak-kanak yang
menunjukkan tanda-tanda infeksi saluran kencing mesti dibawa ke doktor untuk
pemeriksaan selanjutnya. Kebanyakkan kerosakan ginjal akibat infeksi di masa
kanak-kanak. Infeksi saluran kencing adalah salah satu sebab penting
mengakibatkan kerosakan tetap ginjal bagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun,
infeksi saluran kencing bagi pesakit yang mempunyai saluran kencing yang biasa
jarang sekali membawa kerosakan ginjal.
PENGUBATAN INFEKSI SALURAN KENCING
Ubat antibiotik selalunya diberi dengan berkesan.
Ubat-ubat juga diberi untuk mengurangkan sakit dan kerap kencing. Kepada
kebiasaannya doktor akan memeriksa anda sekali lagi untuk menentukan yang
infeksi telah dirawat dengan sempurna. Pemeriksaan selanjutnya mungkin
dikehendaki terutama bagi kanak-kanak dan apabila saluran kencing disyaki tidak
normal. ´.
ENAM TANDA-TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG
1. sakit atau susah bila kencing
2. kencing lebih kerap terutama di sebelah malam
3. kencing yang bercampur dengan darah
4. bengkak di sekeliling kedua-dua mata, tangan dan kaki
terutama bila berlaku pada kanak-kanak
5. sakit di sebelah buah pinggang (tiada kaitan dengan buah
pinggang)
6. tekanan darah tinggi
Penyakit susah kencing jugak boleh diikhtiarkan melalui
kaedah pengubatan Islam. Bersama ini dikongsikan cara serta kaedah pengubatan
As-Syifa' Melaka, mudah-mudahan dapat memberikan sedikit ilmu tambahan kepada
semua pengunjung.
DOA-DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Al-Hasyr : Ayat 21-24
4. Al-Baqarah : Ayat 60
5. Al-Haqqah : Ayat 14
6. Al-Waqiah : Ayat 5
BAHAN RAWATAN
1. Air mineral
2. Sedikit Beras
3. Sedikit Kemenyan atau Serai Wangi (15 batang)
KAEDAH RAWATAN
Dibacakan semua doa di atas kepada bahan-bahan rawatan.
Kemneyan dan beras hendaklah direndamkan semalaman dan diberi minum kepada
pesakit pagi dan malam selama tujuh hari. Manakala bagi penggunaan serai wangi
pula, hendaklah direbuskan tiga batang setiap kali rebusan dalam sebekas periuk
sehingga kering separuh daripada air rebusannya. Kemudian dibuat minum semasa
air rebusan suam pagi dan malam. Ulangi rebusan untuk tiga batang lagi dan
melakukan cara minuman yang sama, dan seterusnya sehinggalah habis.
Subscribe to:
Posts (Atom)